Monday, July 30, 2012

JAWAPAN MMC JAHLILAWATI ABU BAKAR




Aslm’kum… Sy harap sy tdk emotional menjawap soalan2 ini hingga habis walaupun soalan2 penulis blog ini ditulis secara provokasi dgn ayat2 yg sungguh tdk sopan (mencerminkn diri si penulis blog sendiri)... sy cuba control emosi sy, insyaAllah… Utk pengetahuan, sebhgian jwpn yg sy beri sy dpt info dr grp/kwn2 rapat si penulis blog sendiri…

1. Sifu aziz mempunyai hanya 4 kaki?? Betul? Bkn 16 kaki mcm dibang bang boom selalu….

X de sapa tahu brape kaki seseorg itu ada sbb seseorg itu boleh pasang seberapa banyak proxy yg dia mahu. Sy sendiri ada banyak proxy… ehemmm…

2. income beliau x sampai RM0.5juta sbln pun… betul??

Ini pun sama.. X de sape tahu income sebenar seseorg itu sbb seseorg itu boleh buka bnyk acc.
3. utk berada didlm TOP 30 Income Earner, just need RM11k?? betul?? may b less now… I don’t know

Top 30 Income Earner berubah-ubah range incomenya brgantong pd performance pd bln trsebut, kadang2 tinggi kadang2 rendah. Di sini shj dh boleh nampak ketelusan sykt, x de selindung2.
4. separuh drp KMCQ & KEC yg tdk terdpt didlm TIE memiliki pndptn bwh RM10k..

Bilangan KMCQ & KEC yg berpndptn lebih 10K atau kurang 10K juga berubah-ubah ikut performance semasa bulanan.

5. KMCQ Hassan b Salleh dah mati syahid, dan skrg memgang status jutawan ‘alam maya’…wakaka

Tn Hj. Hassan memang dh qualified sbg KMCQ. Dia nak mati syahid ker ape ker trpulang pd dia, ini kan biz masing2, mana tahu nanti dia nak aktif balik. Apsal u sibuk? X de kena mengena dgn u! Dia x kacau u langsung! & Dia x langgar apa2 pun etika biz & peraturan sykt mcm u!
Sykt ada terms & conditions nya sendiri berapa lama seseorg itu boleh berada di dlm Hall of Fame. Sukahati Sykt lah!

6. Separuh KMC juga memegang pendptn bwh RM10k.. betul?? Betul x si jutawan 4 figure sbln??

Bilangan KMC yg berpndptn lebih 10K atau kurang 10K juga berubah-ubah ikut performance semasa bulanan. Ini bergantung kpd usaha masing2.. & of-course rezeki Allah. Ini kan biz, ada naik turun. Nak stabil pegi la keje makan gaji. Kalau keja makan gaji pun nak dpt rm10k pengalaman kurang2 kena ada 10 thn.. sebelum tu yg paling basic belajar kena abis... bukan 1 semester je mcm org tu... inilah dia contoh soalan org x habis belajar!
7. Terdpt beberapa MMC cuma raih bwh RM30K sbln…ade yg raih belasan ribu sbln pun ade..serius ni -hoho, itu bukan MMC, MOMOK C kot…

Again, pendptn seseorg itu berubah-ubah ikut performance semasa bulanan mereka termasuklah MMC. Yg kau sibuk2 bila pendptn MMC turun ni apsal? Sekurang-kurangnya kami dh collect berjuta! Kau ada? Duit yg kami dpt kami investlah kat mana2 eg property ke.. & property2 kami tu dh siap & harga pun dh naik berjuta jugak. Kau property apa yg kau ada? Property airliur ada lah!

8. Hasil jualan Kenshido bukan RM15 juta sbln Rm10juta pun bukan…- ko email DSAM sendiri , lg sahih

Hasil jualan Kenshido pun berubah-ubah ikut performance semasa bulanan.

9. Yang dpt 5 figure income sebulan bukan 2500 org….-yg pasti angkanya Cuma dlm lingkungan 50-100 org shj..brp kali ganda ko kencing org tu???

Yg pernah dpt 5-Figure memang ramai cuma mereka ni ada yg x kekal & ada yg x buat lagi. Biasalah adat berniaga, mana ada yg kekal semua. Termasuklah ada org tu bulan pertama dpt 5-Fig then drop sbb malas nak jaga kumpulan, konon bagus… X baik cakap kencing2 ni… Nanti kalau sy cakap u berak lari berganti-ganti mcm mana? Astaghfirullahhilazim… Aku pun dh cakap jadi mcm si penulis blog ni. Sabar2... Ok jaga balik bahasa...



10. Siapa 62 org jutawan score A tu?? MMC :11, KMC:27- total: 38 org..-xkanseparuh KMCQ yg income RM5k sebulan tu ko panggil jutawan…separuh KMC yg income 4 figure sbln tu pun jutawan jugak ke??

Setiap Sykt MLM ada definisi nya sendiri bila mereka bg seseorg tu pangkat Jutawan, bergantong pd definisi mereka lah. Di SA, bila kita kata Jutawan maknanya Kelab Jutawan – Baik Kelab Multi-Jutawan atau Kelab Jutawan. & KMCQ adalah Kelab Jutawan In The Making. Kita panggil KMCQ jutawan juga supaya dia cepat fight masuk ke Kelab Jutawan betul. Mereka kira OTW. Yg kau dengki kita panggil mereka Jutawan apsal?
& Income turun naik ikut performance bulanan semasa masing2. X habis2 nak mempertikaikn & mengulang soalan sama pasal income ni. Wei! Ni biz lah… ada masa naik, ada masa turun, ada masa sama, ada masa sesuatu biz tu pun boleh terus x de!

11. Dari 10 org yg join score A, 2 @ 3 org jer yg dapat blk modal…or less…betul ke??

Yer ker? Kalau betul pun, biasalah ini biz, brape bnyk biz kat luar sana yg x dpt balik modal malah rugi sampai bangkrap! Apa la tanya soalan bodoh ni. Aku yg menjawap ni pun rasa bodoh sama. Isyk isyk isyk... Tapi sbb penulis dok cabar org suruh jawap, rasa bodoh pun bodoh lah, jawap jer lah, nanti dikatanya kita yg x de jawapan. Hmmm… layan jer la… Memang la ada yg x balik modal tapi cuba tengok brape ramai bukan shj balik modal malah untung, untung, untung, mcm penulis blog juga tapi malangnya now dh jadi x kenal dek untung! Walaupun ada yg x balik modal, mana ada rugi sbb dpt produk, pd harga diskaun pulak tu utk pakej eP ke atas, anak boleh pakai, x de anak tunggu ada anak! Lagi satu biz lain yg nak dpt rm30K sebln kena keluar modal kurang2 setengah juta & nak dpt balik modal kena 2-5 thn. Kita modal antara 796-6888 jer & nak dpt balik modal 4 org jer, ada org buat seminggu jer dh balik modal. Terpulang pd usaha masing2 & rezeki Allah.
12. Dari 100 org networker yg join score A, nak dptkan 10 ID student dr rangakaian bsr tu pun payah giler- inikan ko nk dpt yg guna score A, then dpt straight As… berjanggut nak cari…majoriti join dan campak portal bawah katil.

Org yg join yg ada anak boleh pakai sendiri, org yg belum ada anak campak bwh katil pun x pe.. tunggu sampai dia buat projek kat atas katil tu menjadi (projek yg sah di sisi agama lah, bukan mcm tuttttttt…), then 4 years later anak dia boleh pakai pre-school. Biul betul yg tanya ni, jwpn pun biul jugak lah!
13. Betul x yg en Saffian memperoleh title KMC drp acct insan malang bernama Firdaus???

Betul tapi dgn cara yg betul, tapi u cerita x habis nampak sngt niat x baik memutarbelitkn cerita. 
Saffian dah pun explain… X puashati gi jumpa Saffian & Firdaus serentak bersemuka. Bukannya sebar cerita2 yg boleh mengelirukn org lain yg x tahu cerita sebenar.


14. betul x pendapatan account tersebut masih dikongsi bersama oleh mrk berdua? Bukan milik en Saffian sepenuhnya.

Mcmmana mereka kongsi itu hak mereka. Yg kau ungkit ni apsal & mereka x buat salah apa2pun.. Ker kau nak jugak sbb income kau dh ciput! Mcm ni lah kisah benar yg sy dpt dr teman2 rapat org2 yg terlibat.. sebenarnya dulu pndptn tu dikongsi berempat… tp skrg hanya berdua.. sbb ada yg x bersyukur… En firdaus walaupun si penulis blog kutuk kata hanya berjawatan rendah namun dgn hasil perkongsian ikhlas bersma en saffian beliau mampu utk kahwin muda, beli kete Nissan Silphy (masih ada lagi) dan dah beli rumah di Bukit Jelutong (tak duduk di PPR), Bukit Jelutong tmpat rumah yg hi-class jugak tu..



15. Benarkah speaker hebat en Bambang income x sampai RM3k?

Heee… x lalu dh aku nak jawap pasal income org ni… Ini biz la ada turun naik… Apsal lah bengap sngt! Opps x baik aku cakap kat org mcm tu…
Update latest en Bambang skrg dah meningkat… dah bayar booking kete Camry BARU 2012 (bukan 2nd hand atau sambung bayar). Nape income dia dulu teruk ek… sbb upline dia yg duk pantai dlm tu yg jaga.. (bukan sy kata, ada org yg rapat dgn mereka2 ini yg kata). Lagi satu, centre kat Kuantan skrg pun en Bambang dah take over…insyaAllah income Bambang ok dgn usaha, berkat & rezeki Allah..Tapi again ini biz, ada masa naik turun, yg penting kita perbaiki kelemahan diri. Jgnlah nak kondem org jer.

16. Benarkah jutawan unggul yg dijulang-julang dikalangan KMCQ, ada yg hanya memandu kereta Swift Suzuki, Toyota Vios dan Naza Citra serta ada di klgn mrk hanya tinggal di flat murahan.

Mereka nak pakai kereta apa, nak duduk kat mana pun ikut sukahati mereka lah. Apa yg kau menyibuk ni! Dh x de keje sngt dh ker?? Tu lah org suruh service grp, buat prospekting, & mantapkn ilmu, dia asyik nak jaga tepi kain org.
17. Betul x Kenshido tdk terdpt didlm DSAM guide book Malaysia 2011 TOP50 Selected MLM Company. – canang2 dlm top 10 konon, top 50 pun x lps.

DSAM tu kena apply nak masuk or not & sukahati Kenshido lah kalau x nak apply. Kita x pernah canang pun kita Top 10, tapi kita kata lagi beberapa thn kita confident kita boleh dpt Top 10. Nampak sngt lah fitnah si penulis ni. Lagipun kan President Kenshido kata dia x mengidam pun nak masuk Top50 ke Top10 ke.. yg dia nak sbg Sykt yg melahirkn paling ramai MLMer Jutawan!
18. Benarkah terdpt begitu byk lambakan market portal score A didlm pasaran. Jgnkan kata nak jual half price, RM50 seportal pun susah nak cari buyer.- check sendiri dlm internet, terdpt ribuan networker score A yg dh mampus tawarkan portal dgn harga 10x lbh murah.

Lambakan portal subjektif cth sy beli eE 15 set utk 15thn tapi sy pakai sethn 1 set jer sbb kena tunggu anak naik darjah br pakai/guris lagi kad tu. Lagipun kan dh cakap tadi, yg x de anak kena tunggu buat anak dulu! Nak jual kena ada ilmu, kalau x de ilmu apa2 biz/kerja pun memang susah, kalau ada ilmu kacang jer.. Sy ada ramai rakaniaga bwh saya yg senang giler jual produk sbb dia ada ilmu. Tu lah org suruh amik ilmu – pemalas!

19. Join score A tiada risiko coz boleh jual blk set portal tu. Betul ke? Siapa yg bodoh sgt nk beli dgn harga RM800, walhal ada org jual dgn harga 10x lbh murah.

Sape kata x de risiko? Apa2 biz pun ada risiko. Tapi risiko kita lah yg paling kecik sekali sampai hampir tiadalah. Sbb portal tu anak boleh pakai. Again x de anak tunggu sampai dpt anak. Apsal bodoh plak - beli harga rm796 boleh buat biz. Mana ada org/biz kat luar sana yg buat biz modal rm796 tapi ada peluang dpt rm30 ribu sebulan! Saje je penulis ni nak mengelirukn fakta.
20. terdpt 0.8 juta pengguna score A seluruh Malaysia..ye ke? 0.8 juta yg sdg menggunakan @ yg tlh gunakan dr 1999, kemudian berduyun-duyun stop..brp btl2 yg sdg guna??

Yg guna dr mula lagi lah.. Yg stop tu terpulanglah pd mereka.. Yg betul2 sdg guna tanya sykt lah. Yg ini pun nak jadi isu.. Heee dh x de modal nak mengutuk lah ni.. Nak bnyk kan point!
21. dari 10 user score A, 5 drpnya kebiasaannya berhenti menggunaknnya slps 3 bulan berikutan keboringan dan tiada pemantauan ibu bapa.

Mana u tahu? Dh buat research ker? Mana data2nya. Sertakan bukti2 skali. Tapi apa2pun biasalah manusia cepat boring.. sy beli mesin urut berbelas-belas ribu pun berhenti guna selepas 1 bln, sy belikn anak sy keyboard, gitar, biola, & mcm2 lagi lah, nanti cerita semua kata menunjuk plak, semuanya mereka berhenti guna lepas sebulan dua. Apa nak kisah.. Tapi budak2 walaupun dia boring atau x suka pergi sekolah, tetap pergi sekolah, sbb ada pemantauan ibubapa. Pokok pangkalnya kita sebagai ibubapalah kena main peranan. Ikut anak memang lah mereka nak main jer mcm korang.. korang apa tau.. anak pun belum ada… belajar pun x nak habiskan.. asyik autakan fakta aje..



22. dimata guru-guru, score A di cop MLM penipu bertopengkan pendidikan. – x percaya??? Pergi sekolah dan survey 10 org guru pun cukup..

Sy pergi beberapa sekolah ok jer.. U yg pegi mereka cakap begitu.. sbb u songlap duit mereka kot! Sy dengar ada sekolah yg nak saman u!
23. semasa pelancaran KOGUM & GPMS, PM x sebut langsung score A, inikan pula kata score A terbaik….

Sebut.. sapa kata x sebut… Fitnah fitnah… si penulis blog ni confirm x dtg. Sy bersama Top Leaders SAP kami VVIP.. duduk di depan.. siap tangkap gambar duduk dekat ngan PM lagi.. Kami dengar sampai habis, memang ada sebut…gi tengok kat link ni











minit ke 01:38 ke atas. Fitnah tu dosa besar tau!

24. benarkah ada KMC yg pegang pendptn RM50k sbln awal tahun lalu, be 1st KMC Rangking, tp last month just collect RM5k?

Isyk isyk isyk x habis2 dgn soaln b_ng_ng ni.. Ni biz la mesti lah ada turun naik, & kadang2 ada yg x kekal pun. Apa nak heran & ungkit kan! Kalau kerja makan gaji nak dpt rm30k sebulan pun makan masa 10 bln kalau gaji RM3k. Antara pernah dpt rm50k sebulan, lepas tu dpt lagi income tiap2 bln cuma x tentu bnyk atau sikit, bandingkn dgn langsung x de peluang nak dpt rm50K, yg mana lebih bagus? RM50K bnyk tu beb..

25. Benarkah leader-leader yg t- up diri sendri 5 figure di ZEBMC, majoritinya income RM3-4k sbln?? Or less??

Mereka pernah dpt 5-Fig, lepas tu income turun naik ikut performance masing2. X kan nak cakap pd org income terendah sy adalah bla..bla..bla.. mestilah kita cakap income tertinggi kita. Lagi soalan b_ng_ng!
X di nafikan ada yg t-up diri sendiri lebih, sbg cth ada yg beritahu sy ada seorg Consultant PAB yg baru shj mengeluarkan Satria Neo Maroon (bkn F10) yg juga salah seorg testimoni mark-up income terlebih… Opsss terlebih bg bukti sudah…

26. Pengrekrutan rakan niaga beramai- ramai tanpa ada market yg benar2 menggunakan product di panggil ‘HEAD HUNTING’??? Sekiranya rakan niaga lbh ramai berduyun- duyun drp user product itu sendiri, itu pun dipanggil ‘HEAD HUNTING’??

Ini nak explain panjang. Bacalah Laporan Kepatuhan Syariah, 114 mukasurat tu. Distributor SAP boleh download dr K-Office. Kita telus & sebarkn. Senang cerita kalau SAP ni ‘Head Hunting”, Panel Syariah Ust Engku & Ust Azizi x cakaplah SAP patuh syariah!
27. Benarkah pada JUN 2010, lesen kenshido digantung sementara berikutan laporan HEAD HUNTING; yg terlalu byk???

Lesen digantung sbb ada pihak sabotaj. Tapi kita dpt balik dlm masa 2 minggu jer.. Mana ada sykt lain boleh dpt balik cepat mcm ni. Biasanya bukan shj lambat malah bnyk yg x dpt balik terus. Ini menunjukkn biz/sykt/prod kita genuine.

28. semasa meeting MMC & KMC bersama ustaz Engku, guidelines yg diterangkan oleh ustaz Engku tidak disampaikan bulat-bulat kpd networker bawahan…bila sampai kebwh, byk asam garam, ajinamoto dan pengubahsuaian mengikut situasi networker dan logic berlaku.

Sape kata x sampaikn. Sy sampaikn. Tapi nak lagi best – tuanpunya badan tu dtg le sendiri ke Seminar Kepatuhn Syariah (SKS) yg diadakn setiap bln – dengar penjelasan direct sendiri dr ustaz – x de lah asam garam ajinomoto, fresh dr mulut ustaz sendiri. Lu ada dtg SKS? Jgn sedap nak komen jer… Kalau dtg pun setakat sekali mana nak pandai. Sy yg dh dtg bnyk kali pun still belajar lagi.



29. sepanjang 7 tahun Kenshido di pasaran, terdapat lebih 300,000 networker yg join bermotivasikan RM30k – 3bln, kemudiannya mati katak macam tu jer…dan kini digelar kerengga dan sniop jadian....nasib baik bukan serigala jadian….

7 thn 300K mati katak… kalau biz lain 7 thn rasanya 3Juta kot mati beruk. Ini biz lah.. mana ada semua yg masuk brjaya! Heee… x habis2 soalan b_ng_ng ni! Buat kurang pahala puasa aku jer jawap 30 auta korang ni! Hello… mana dpt fakta ni…. korg ni.. sodap mulat korang yo… ramai jugak yg mati katak hidup balik… salah satu cth org beritahu sy – en azizul hakim kita.. join 2006 pastu stop wat biz lain.. 2010 join balik smpi 2012… smpi diberikan wang ehsan bernilai RM100k++ oleh seorg Jutawan SAP… x kenang jasa langsung..

30. terdapat ratusan networker ZRBMC yg buat fulltime, tapi income bwh RM1k sebulan. Ada yg dh bertahan 6 bulan, tapi dungu lg. tak paham2 yg score A ni adalah ‘HEAD HUNTING’.

Brape ramai org yg keje makan gaji full time, or buat biz conventional full-time, or buat MLM lain full-time, tapi income bwh RM1k sebln. Wahai pembaca budiman, kalau nak tahu ribuan org yg dpt income RM1k ke atas sebln. Lagi soalan ngok!

Ada org nak tambah kat sini - Biasiswa RM800k betul ke tak, boleh tanya tuanpuanya badan Isma Rizal sendiri or check dgn MARA terus.. sbb itu lah jumlah yg diberitahu oleh dia sendiri..

Ok sy dh jwp dah 30 soalan propa ni. Sebhgian jwpn spt yg sy beritahu di permulaan jwpn, sy dpt dr grp/kwn2 rapat si penulis blog sendiri. Harap pihak blogger berpuashati dgn jwpn ini. Kalau x puashati - dtg terus jumpa sy, atau mana2 MMC atau Sykt, kita communicate face 2 face dua hala terus senang, cepat & jelas. X de la buang2 masa di bln mulia ni, sy amik masa 2 hari nak tulis, sbb bukan x de fakta, tapi sbb nak tone down ayat sy supaya x sama meroyan mcm blogger.. Kena la jaga status MMC tapi ada yg x tertahan trkeluarlah jugak, nasiblah blogger… kau yg cari pasal.

Sy berharap & berdoa penulis mendpt balasan setimpal di atas perbuatan mereka yg cuba memfitnah kami Usahawan SA yg ingin menaikkan Darjat/ Harakat/ & Martabat Pendidikan & Ekonomi Diri Sendiri, Keluarga & Negara.

Score A Memang Betul-Betul Hebat!

30-Jul-2012
MMC Kak Jah
p/s: Sy gentlewoman.. pakai nama betul.. bukan mcm penulis blog.. identity pun disorokkn.. dr situ dh nampak siapa yg benar siapa yg salah!

Thursday, July 26, 2012

BADUT DATANG LAGI ...

Salam Ramadhan Al-Mubarak.


Hari ini, sang badut akan memerihalkan pula berhubung prebiu, seminar, kursus dan ‘team building’ yang terdapat di Zenith Rise Beyond Milionaires Club.

Sebelum saya pergi dengan lebih jauh lagi, suka untuk saya menceritakan tentang pusat sokongan (support centre) kami yang bernama Zenith Rise Beyond Millionaires Club a.k.a ZRBMC.

ZRBMC adalah sebuah ‘sanctuary’, sebuah premis yang menempatkan pejabat 8 tingkat, terdapatnya dewan2 majlis prebiu dan training, ofis  pemimpin2 tertinggi dari pelbagai identiti rangkaian, bilik2 mesyuarat, dewan untuk sesi penggulungan, surau2, bilik audio video, gazebo untuk mengalas perut, bilik pantry untuk simpanan majalah promosi serta tools penajaan dan di tingkat paling atas, pejabat urusan ZRBMC, menempatkan ofis penaung ZRBMC, Dato’ Sifu Aziz Samad a.k.a DSA.

Di sinilah DSA melangsungkan segala idea dan sentuhannya untuk mendorong, merangsang dan memantau segenap inci perkembangan rangkaian, samada rangkaian anak-anak buahnya yang sudah besar mahupun rangkaian kecil yang baru bermula.

Menurut DSA, “ZRBMC adalah tempat yang saya sediakan untuk rakaniaga kita belajar dan berkarya, kerana network marketing adalah seni dan networker adalah orang seni”.

Dapat kita lihat disini bahawa pendekatan DSA keatas anak2 didiknya adalah sangat berseni. Suatu pendekatan yang bersifat kelembutan, kasih sayang, kehalusan tetapi tegas.

Premis ZRBMC ini jugalah sebagai tempat yang mana DSA dapat turun padang, ke peringkat akar umbi, datang mendekat dengan anak2 didiknya, mengenangkan rangkaian DSA yang sangat besar. Datangnya mendekat untuk membantu keSEMUA  rakaniaga agar berjaya menjadi jutawan.

Sekarang, timbul persoalan bagi 8 golongan tadi, mengapakah DSA mahu melahirkan jutawan? Mengapa DSA mahu menzahirkan hasratnya yang bersifat idealistic ini?

Menurut pemikiran orang biasa, pemikiran idealistic adalah pemikiran yang indah khabar dari rupa. Manakan boleh SEMUA orang menjadi jutawan. Tak mungkin SEMUA orang boleh berjaya. Pemikiran sebeginilah yang menjadikan DSA target mudah oleh cikgu Rizal dan konco2nya.

Bagaimanakah seorang yang berfikiran idealistic ingin menzahirkan hasratnya di dalam dunia yang realistic ini.

Menurut pemikiran orang biasa, kita SEMUA hidup di dalam dunia yang realistic. Orang biasa akan menganggap pemikir idealistic adalah pemikir yang gila, kuat berangan  atau penipu!

Pemikir idealistic memikirkan matlamat yang sangat hampir dengan kemustahilan, yang mana orang biasa merasakan mustahil, tetapi pemikir ideal berkeyakinan tinggi bahawa matlamat yang tampak ekstrem, boleh dicapai!

Di sinilah datangnya serangan cikgu Rizal yang mengganggu keindahan ideal di ZRBMC. Menabur racun dan kebencian dengan menyerang asas, tiang dan penaung  ZRBMC itu sendiri.

Marilah kita berfikir secara bersama, apabila DSA melampirkan kata2, “saya yakin, RM50,000.00 dalam masa 3 bulan, PASTI milik kita!”. Inilah adalah suatu matlamat yang ideal (idealistic).

Orang biasa yang skeptik akan mengatakan, “Mengapa matlamat pelik macam ni?”

Orang luar biasa yang berfikiran ideal akan menyatakan, “Mengapa tidak?”

Inilah keindahan yang terdapat di ZRBMC, pemikirnya (DSA) idealistic tetapi penghasilannya REALISTIK.

Janganlah kita lupa, testimoni kejayaan colonel Amir, yang meraih terkumpul -+RM110,000.00 dalam masa 2 bulan! Seorang tuan doktor pakar yang maha sibuk, dengan pengalaman yang amat cetek di dalam industry network marketing pun boleh meraih pendapatan sehebat ini.

Tetap jugalah, orang biasa yang skeptik akan mengatakan, “Mengapa testimoni pelik macam ni?”

Tetap jugalah, orang luar biasa yang berfikiran ideal akan menyatakan, “Mengapa tidak?”

Bagusnya budaya kerja di ZRBMC ini adalah, matlamat kita idealistic, terjemahan tindakan kami realistic… pendapatan fantastic!

Bombastik! La vavi la vava!

Mari kita menyingkap pemikiran insan hebat bernama DSA ini.

Mengapakah lontaran jiwa beliau sangat ekstrem, sehingga dilabel seantero pemimpin2 dunia seperti Bapak Soekarno, Chairman Joseph Stalin dan Defuhrer Adolf Hitler?

Jawapan pendek saya, pemikir dan pelaksana yang mendukung idea yang kuat sering dianggap zalim oleh orang-orang yang skeptic, kerana pemikiran orang-orang yang skeptic tidak sefrekuensi dengan pemikiran orang-orang yang ideal.

Skeptics tidak berminda 1%.

Idealis yang realitistik memikirkan matlamat boleh dicapai dengan kerajinan, kegigihan dan keistiqamahan.

Skeptics merasakan matlamat golongan ideal ini terlalu sukar untuk dicapai, menuduh sesedap nafsu bahawa kita ini, indah khabar dari rupa.

Idealis yang realistic melawan arus, merubah keadaan, memikir, merancang dan melaksana.

Skeptics mengikut arus hampa, mengikut keadaan yang nista, tidak ada kekuatan jiwa untuk berjuang meraih kejayaan, skeptics hidup didalam prasangka dan perasaan kecewa, skeptics dihantui kegagalan dahulu.., sewaktu mereka bersifat ideal, suatu ketika dahulu…

Wujudlah terminologi SNIOP dan kerengga JADIAN. Mereka bukan sahaja berjiwa hampa dan putus asa, malah mereka menyerang kita, menggunakan kefahaman dan kearifan yang mereka raih sewaktu mereka bersifat  ideal dahulu, secara padu dan jitu menyerang kita dengan sisa2 semangat yang tinggal.

Sewaktu cikgu Rizal dan konco2nya bersifat ideal dahulu, sewaktu mereka berpendapatan besar, DSA diangkat, dijulang, disirami rasa terima kasih yang tak terhingga, DSA adalah ayahanda yang membantunya berjaya.

Bila income sudah tiada, DSA sudah jadi seiring dengan diktator dunia..

Inilah resmi kacang lupakan kulit….

“sang ayah menyuapkan anak makan, daripada tangan sang anak belum mengerti untuk menyuapkan makanannya sendiri, daripada gigi sang anak yang belum tumbuh, sang anak dilentur, dibelai.

Bila sudah tumbuh gigi, digigitnya pula tangan sang ayah, dimamahnya segala jari-jemari sang ayah”

Sebab itulah, anda lihat cikgu Rizal dan konco2nya sangat jitu garapan bahasanya menghentam DSA. Sangat rapi penjelasannya, seolah-olah sangat mengenali DSA. Dibuatnya cerita-cerita pelik penuh kebencian menohmah DSA semacam tak berguna satu sen pun.

Jasa DSA-lah, cikgu Rizal dan konco2nya  mengenal pakaian yang kemas dan berkualiti, mengenal dan merasa barangan branded, membeli dan merasa naik kenderaan mewah, mengenal dan merasa makanan yang sedap, mengenal steak knife.. dulu, nak sebut steak pun tak betul.. merasa pendapatan puluhribuan.. 

Ya, ilmu Allah yang disampaikan melalui orang tua yang bernama DSA inilah yang membolehkan cikgu Rizal dan konco2nya menjadi pandai, arif dan berkarisma, hinggakan ilmu hebat yang diraih ini disalahgunakan menghentam ayahanda DSA…

Cikgu Rizal dan konco2nya memang anak derhaka!

Tak hairanlah sabda Jibril A.S, “Ya Muhammad, di neraka kelak, ada satu jurang khas untuk anak-anak derhaka, mereka disiksa didalamnya, tidak akan keluar darinya, bahkan tak terhidu bau syurga, selama2nya”.

Saya, badut yang bodoh ini menyangka penderhakaan hanya wujud dalam filem hitam dan putih sahaja.

Macam filem si tanggang keluaran Shaw Brothers, si Tanggang yang dilakonkan oleh Senator Dato’ Jins Shamsudin. Tuan putri disumpah jadi batu, si tanggang jadi burung gagak. Saya yang masih kecil waktu ketika itu, selepas menonton, saya menangisi ketakutan terhadap kederhakaan, selamat bernaung dibawah ketiak ibu saya yang memujuk.

Rupa2nya penderhakaan boleh wujud secara terang-terangan, bahkan dilakukan secara besar-besaran, disebar dengan bangganya.

Kalau dahulu, penderhaka ibubapa disumpah menjadi batu.. hari ini, penderhaka menjadi kepala batu dan hati batu. Lupa asal-usul, lupa ayah dan ibu, bencikan guru dan ilmu.. semakin degil dan melawan..

Baiklah, sekarang saya menjelaskan tentang prebiu, seminar, kursus dan ‘team building’ yang terdapat di Zenith Rise Beyond Milionaires Club.

Mengapa system kita yang terpeinci ini, mendapat perhatian serangan cikgu Rizal dan konco2nya.

Suatu system yang dahulunya didukungi, disanjungi, dipupuk sekuat2nya oleh cikgu Rizal dan konco2nya.

Di luar sana, di kala ramai orang2 berasa hampa dengan penghasilan mereka, dikala ramai orang2 mencari pekerjaan, dikala ramai orang2 yang tersandung mencari hujung dan pangkal jalan.., DSA mengkaji, memerhati, membuat pengamatan berhubung status sosioekonomi masyarakat kita.

DSA merasakan bahawa faktor sebenar mengapa sangat ramai insan yang kehampaan diluar sana, tiada yang lain melainkan ketidakupayaan mereka memperkasakan pendapatan isirumah mereka.. ketidakupayaan ini pula berpunca dengan ketiadaan kaedah yang teratur (sistem) untuk mereka lakukan dalam menyelesaikan masalah kewangan mereka. DSA yang asalnya berlatarbelakangkan keluarga yang berstatus sosioekonomi yang rendah, melalui pengalaman peribadinya, secara realistic, merasai dan faham tentang masalah nasional ini, yang menghimpit sebahagian besar masyarakat kita, khususnya orang melayu.

Timbullah ‘spiritual conscience’ (kesedaran spiritual) di hati dan sanubari DSA. Menjadikan landasan network marketing, yang pada asalnya untuk merubah kehidupan beliau yang susah menjadi senang, kepada merubah kehidupan ramai rakaniaga lain yang payah kepada berpenghasilan lumayan..

Sniop dan kerengga jadian akan menganggap perjuangan DSA bersifat duniawi dan monetary semata-mata. Tetapi, bagi mereka yang bertaman hati akan melihat nilai-nilai murni yang dipupuk oleh DSA adalah bersifat realistic, praktikal, mudah dan menenangkan jiwa. Sesuai dengan cogankata yang digarap DSA, “akhirat didahulukan, rakaniaga dan ibubapa diutamakan, score A diseimbangkan”.

Cogankata ini merupakan komplementari bagi maksud sabda junjungan besar kita, rasulullah S.A.W, “sujudlah kepada akhirat, dunia akan datang sujud merendah kepada kita. Sujud kepada dunia, dunia akan lari meninggalkan kita”..

Suatu cogankata yang bersifat peringatan kepada kita agar kita sentiasa menjaga kesantunan dan adab mencari rezeki yang halal..

Elemen ukhrawi ini dimasukkan kedalam system training kita, kerana DSA tahu tarikan sebenar wang keatas kehidupan manusia.. menyediakan satu bentuk kawalan baik perasaan dan tindakan keatas rakaniaga yang bakal meraih pendapatan yang banyak.

sebab wang jugalah, manusia jadi syaitan (setan), matlamat menghalalkan cara. Kita dapat melihat contoh2 sekeliling, bagaimana manusia mencari wang, kita pernah membaca didada akhbar,  pengedar dadah dapat memperdaya gadis muda untuk jadi keldai dadah, bapak ayam memperdaya gadis-gadis kampungan yang susah agar menjadi pelacur, ketua perompak memperdaya kawan baiknya sendiri untuk menjadi teman seperompak, ketua ajaran sesat diangkat sebagai tuhan disembah oleh puluhan ribu manusia, anak boleh jadi derhaka membunuh ibubapa berebut wang dan harta..

 sama jugalah kisahnya cikgu Rizal dan konco2nya membuat ‘seminar anak bangsaku’ yang telah menggelapkan  puluhan ribu duit anak2 bangsa kita.

 DSA memberi ingatan untuk menjauhkan diri daripada JAWS, (Judi. Arak. Wanita. Solat tinggal) yang merupakan perkara asasi untuk pembentukan modal insan yang seimbang duniawi dan ukhrawi..

DSA mengajarkan kita berhubung ‘dalam hati mesti ada taman, dibajai dan ditumbuhi oleh bunga-bungaan yang mewangi dan indah’. Elemen intrinsik sebeginilah, menjadikan rakaniaga kita lebih halus jiwanya dan jitu tindakannya. Sebab memang segala-galanya bermula dengan niat yang baik, hasrat yang membakar dan membara! Baru feel!

Kita lihat statement cikgu Rizal and the gang yang menyerang DSA dan seluruh barisan speakers.

Tahukah anda semua, speakerslah merupakan tunjang belakang proses penajaan oleh ahli-ahli baru yang kurang arif terhadap produk, marketing plan dan system kita.. merekalah jurucakap2 yang membantu rakaniaga lain yang 3G (gugup, gigil dan gagap).. speakers jugalah yang memberikan peratusan keahlian yang tinggi didalam score A programme, disebabkan teknik penggulungan hujah mereka yang bersifat factual dan logik..

Jangan lupa, DSA adalah speaker terhebat.

Barisan speakers inilah hasil air tangannya..

Di dalam BOOM, Bussiness Opportunity Official Meeting. Kita lihat ramai anak-anak muda sudah mula berani tampil kehadapan, berucap dengan penuh keterujaan, mengajak prospek untuk turut serta menyertai bisnes score A, mencerminkan kematangan anak-anak muda ini diusia remaja.. Setahu saya (pada awalnya), anak-anak muda sepatutnya berjiwa gelora dan mahu enjoy happy go lucky sebab ‘malam masih muda’.. didalam score A, tanggapan saya meleset sama sekali.

Saya  amat terharu melihat anak-anak muda yang sedang melalui proses kematangan ini, sudah mula bercakap dan berbincang tentang matlamat dan halatuju kehidupan, mahu membela ibubapa dan keluarga, mahu berkeluarga yang sempurna dan bahagia, disamping ingin memiliki sports car dan ‘kereta bikin’ mereka.. sport rim bibir 21 inci.. tak kisahlah, yang penting, anak2 muda ini ada kesedaran untuk mencari rezeki, tidak terlibat dengan JAWS! (macam cikgu Rizal and the gang).

Saya juga yakin, pada amatan saya sendiri, orang2 tua yang hadir BOOM merasakan betapa bertuahnya ibubapa kepada anak2 muda ini, yang sudah mula tampil kehadapan, berucap sebagai speakers dengan kata-kata yang baik, berdakwah mengajak hadirin yang hadir untuk melakukan bisnes secara serius dan professional. Pada saya inilah kematangan yang baik sebelum usia.. inilah dia maksud berdikari, berdiri diatas kaki dan kudrat sendiri, bukan berminda subsidi dan benci-membenci..

Kita lihat pula serangan cikgu Rizal and the gang terhadap SUW5, Seminar Usahawan Wave yang ke-lima. Tuduhan bersifat jitu dengan garapan hasutan yang menyengat, berserta pengiraan breakdown andaian cikgu terhadap keberuntungan DSA dalam seminar2 yang dilaksanakan DSA..

Wahai pembaca yang sudah pastinya dalam rahmat Allah Azza WaJalla, ini adalah statement saya, “SEMUA penggiat bisnes di dalam dunia ini mahukan KEUNTUNGAN, and NOTHING comes for FREE!” dengan syarat, menurut ustaz Hayei Syukor didalam tazkirah tijarahnya, keuntungan yang dihasilkan WAJIB tidak membebankan klien sehingga klien dizalimi, mendapat produk yang tak seiring dengan apa yang diakadkan. Produk dan penghasilan tidak setimpal dengan servis yang diberikan.

Saya bertanya kepada anda semua, kita jawablah bersama2. RM70 yang dibayar untuk menjalani kursus SUW5. Adakah ianya menyebabkan sebuah keluarga menjadi teraniaya hinggakan kebulur sebulan tak makan, tak cukup wang nak beli seguni beras. Atau rumah kena ‘bar’ sebab short rm70 tak cukup bayar loan rumah. Atau kereta kena tarik sebab short rm70 dalam loan kereta. Atau sebab short rm70, Astro anda kena ‘bar’, tak dapat tengok jozan! Aku teraniayaaaa!!..

Adakah sebegitu zalimnya DSA?

Pertelingkahan cikgu Rizal and the gang membahaskan tentang harga tiket yang murah ini sebenarnya bertujuan untuk meraih kemarahan orang yang membaca blognya, menimbulkan kemarahan secara terarah (directed personal assassination), menjurus kepada melabel DSA sebagai lintah darat yang meraih kekayaan melalui keuntungan duit kursus..

Kita tanya balik cikgu Rizal and the gang.. mengapa seminar ‘percuma’nya itu, pada akhirnya meminta hadirin untuk membayar wang keahlian bagi menyertai rangkaian ‘force matrix’nya? … wow, dia cas duit, boleh pula..

Maka, ‘Nothing comes for free’.. (saya tersenyum sendirian)

Marilah kita bersama-sama berfikir dengan tenang, waras dan rasional.

Sebelum score A, saya pernah menghadiri kursus ‘bagaimana untuk menjadi seorang promoter yang baik’, harganya RM600. Kursus membuat mee calong, bihun dan mee kuning, RM500. Kursus membuat biskut Mama Carrie, Mama Badam dan kek, RM560. Kursus membuat frozen food, kulit wantan dan mini pizza, RM600. Kursus PKBM, nak buka tadika, RM400. Kursus burung walit dan pemasarannya, RM800. Kursus kahwin RM300 (mahal sedikit sebab berkursus dengan ulama’ selebriti).

Apalah sangat RM70, bila dibandingkan dengan pengisian SUW5 yang sememangnya melahirkan ramai insan2 yang bersahsiah terpuji dan berpendapatan..

Kursus lain diluar sana lagi mahal..

Kursusnya pendek, ada yang sepagi, ada yang sepetang, ada yang 3 jam sahaja.. Pengisiannya banyak tertumpu kepada promo tentang syarikat2 dan badan2 yang menawarkan pinjaman kewangan untuk memulakan bisnes, kaedah nak buat loan dan bisnes plan, kaedah asas perakuanan untuk menyelaras duit masuk dan keluar, cara nak pantau pasaran, sedikit kerja kumpulan dan hands-on, bernyanyi dan bertepuk tangan, tayangan powerpoint tentang mereka2 yang berjaya meraih 5-6 ribu ringgit setiap bulan, setelah 3 tahun komited melakukan bisnes mereka. Pada waktu itu, saya cukup teruja.  

Makanan yang dihidangkan pada waktu rehat, karipap, kuih bingka, kuih lapis dan teh-o.

Tempat trainingnya, ada dibawah kanopi stail al-fresco, surau, rumah2 kedai dan dewan orang ramai.. ada yang berhawa dingin, ada yang berhawa panas, stand type fan!..

Bukanlah niat saya nak mengutuk kursus2 lain ini. Pada saya, kursus2 ini dijayakan dengan kapasiti yang optimum dan berpatutan, kena dengan harganya melihat kepada kepakaran dan profesionalisma penyampai2 kursus tersebut. Tetapi, inilah hakikatnya bila bercerita tentang teknikaliti pengurusan seminar mahupun kursus. Kita mestilah melihat kepada pengkosan dan pengisiannya..

Ingatlah, bezanya seminar score A programme berbanding kursus2 lain, kursus2 lain disampaikan oleh penyampai, yang meyampaikan maklumat asasi untuk memulakan perniagaan. Maklumat dan kaedah disampaikan secara ‘dry’, formal yang agak ketat, atau kebersahajaan yang tidak dikawal dan kurang elemen spiritual, lebih bersifat monetary dan teknikal sahaja, sebab ianya kursus bisnes semata-mata.

Jangkamasa kursus pun pendek, masa lebihan diisi dengan hilaian tawaan yang tidak bermesej, nak bagi cukup masa kursus. Habis kursus on time! (sedangkan majlis ilmu bermula lewat)

Berbanding pula dengan seminar dan kursus ZRBMC. Speakers yang berucap dihadapan adalah bukan penyampai. Mereka adalah PENERUJA, menerujakan prospek dengan fakta dan angka, disulami budaya kerja yang mudah dan praktikal untuk meraih pendapatan yang sangat lumayan.

Kita lihat saudara Bambang Sudarman yang melampirkan penjelasan produk kita secara ‘thinking aloud’, berfikir menggunakan fakta dan angka serta perkaitan logic yang mudah difahami. Personanya yang gembira dan ceria sememangnya menghidupkan suasana pagi SUW5, yang berlangsung pada pagi sabtu dan ahad. Lazimnya, ramai diluar sana masih berselimut!. Bayangkan, bagaimana nak memastikan mata2 yang melihat ke skrin, tidak kuyu dan layu?..

Jawapan mudah, jangan bimbang, kita ada encik Bambang!

Peneruja macam encik Bambang sahaja yang mampu menyegarkan minda-minda yang beku diawal pagi… (saya suka senaman yang dijayakan oleh encik Bambang)

Encik Bambang benar-benar menampakkan produk/program score A ini bertahap world class… kelass gitu!

Begitu juga dengan penerangan marketing plan yang jelas dan tidak mengelirukan.

Suasana tengah harinya pula, terisi dengan gelagat  badut sarkas yang menceriakan hari anda semua. Terlompat-lompat diatas pentas, menerangkan tentang keajaiban sistem kita, langkah 1 dan langkah 2, pengkelasan potensi manusia menjurus kepada manusia minda 1%, kategori2 manusia, kategori2 manusia yang jumpa peluang, 10 langkah penetapan matlamat dan tujuan, A.B.C (Attitude, Believe and Commitment).

Sesi terakhir SUW5 dipersembahkan oleh DSA. Sesi favourite yang menyaksikan hadirin yang hadir melimpah-limpah ramainya, terisi dengan rakaniaga baru dan lama, bersila rapat diatas lantai sehingga berlaga lutut dengan pentas. Semuanya ternanti-nanti untuk mendapatkan sentuhan ajaib DSA.

Apabila prospek telah berjaya dibukakan minda, hati dan perasaan mereka, bukan secara paksaan, prospek dinampakkan lagi dengan budaya kerja di ZRBMC, baik mahupun maknawi fizikal (zoom-in), maknawi empatikal (taman hati)  mahupun maknawi spiritual (sujud kepada ukhrawi). Pendekatan secara holistic dan menyeluruh ini penting agar rakaniaga tidak terlibat dengan kerja2 manupulasi.

Kursus2 lain punyalah hendak  cepat habis, tetapi kursus kita sampai terlajak masa, banyak perkara nak dilampirkan tetapi kesuntukan masa. Menunjukkan DSA have so much to give, tetapi hakikatnya putaran dunia ini hanyalah 24jam untuk semua manusia. “apakan daya, inginku peluk gunung, tapi tangan tak sampai”.  DSA mahu memberikan persembahan yang sebaiknya dan sebanyak mungkin kepada para hadirin yang hadir, tetapi masa tak mengizinkan.

Bila kursus terlajak ke waktu maghrib, ada pula suara2 sumbang yang menyatakan kita tidak islamik. Jangan bimbang, isu ini sudahpun selesai. Selepas ini, SUW5 bermula pukul 9pagi dan bukannya 10pagi. Agar mudah kita habiskan kursus sebelum maghrib.

“kita tidak dapat puaskan hati semua orang”- DSA

Selepas SUW5, kita lihat berbondong-bondong prospek yang menyatakan hasrat mereka untuk Berjaya, mengeluh sudah letih miskin, menzahirkan hasrat mereka dengan keahlian. Cuma, mereka masih baru menjadi ahli, dalam keadaan yang sangat teruja, cenderung untuk menguji pasaran bisnes ini (test market), mula memprospek tanpa ilmu. Tindakan mereka ini memungkinkan prospek tidak mahu menjadi ahli, seterusnya melemahkan perasaan mereka untuk Berjaya, disebabkan kegagalan untuk meyakinkan prospek menjadi pengguna program score A dan menjadi rakaniaga kita.

Untuk mengekang situasi ini, diwujudkan satu lagi kursus RTS, Road To Success atau nama lamanya Art of sponsoring, table talk closing, bertujuan untuk melengkapkan rakaniaga kita dengan ilmu asasi penajaan, menggunakan teknik zoom-in, suatu penemuan terbaru didalam industry network marketing yang ditemui oleh DSA.

Zoom-in memberikan kehalusan tindakan dalam memberikan perkongsian ikhlas kehebatan program score A kepada ‘rakan-rakan hati’ ahli-ahli baru kita.. ilmu asasi zoom-in ini penting agar rakaniaga kita yang masih baru tidak hampa dengan penolakan prospek, mula ada keberanian berhadapan dengan prospek, meyakinkan prospek dengan fakta dan angka, mengajak prospek untuk bersama tanpa paksaan, dapat balik modal dalam masa yang pantas, dapat meraih perkembangan rangkaian yang banyak, besar, terkawal dan terdidik. Kerana kita bukan buat bisnes hit and run. Kita bukannya nak menjadi ibu lipas, melahirkan banyak anak tetapi akhirnya anak2 yang ramai itu hidup bertahan 2 minggu sahaja..

zoom-in mengajar kita untuk turun padang ke peringkat akar umbi, mendorong, meransang ahli-ahli baru agar mereka turut meraih kejayaan sepertimana pemimpin2 mereka.. kita bukannya buat bisnes maintain kekayaan upline, kita nak buat bisnes ini secara long term, long term yang mebawa maksud, kita mahu lahirkan seramai mungkin kejayaan rakaniaga kita, agar testimony kejayaan mereka2 yang ramai ini, menguatkan lagi fakta bahawa DSA dan seluruh isi score A benar-benar telah menjayakan ramai rakaniaga yang meraih pendapatan lumayan.. membuktikan kita tidak bersifat pyramid.

Kekuatan zoom-ini juga dibuktikan melalui pendapatan bulan pertama keahlian Colonel Dr. Amir yang telah mengatasi pendapatan DSA. Pendapatan bulan pertama DSA, RM28800.00. manakala pendapatan bulan pertama Dr. amir, RM41000.00.

Ini membuktikan kata-kata DSA, “record bukanlah untuk dipertahankan, record adalah untuk dipecahkan. Menjadi impian saya untuk melihat rakaniaga rangkaian saya sendiri untuk memotong record pendapatan saya. Ianya suatu kepuasan peribadi saya”.

Inilah kemujaraban zoom-in yang terhidang didalam RTS.

Menujukkan bahawa DSA bukanlah manusia yang tamak dan pentingkan diri. Cikgu Rizal dan konco2nya juga boleh memotong pendapatan DSA sekiranya masih aktif di dalam score A, secara rajin, gigih dan konsisten.., dan bukannya kuat tidur dan clubbing!

Saya masih terkesan dengan kata2 DSA, “satu bentuk pertolongan yang tertinggi dan paling ikhlas didunia ini, yang boleh dilakukan oleh seorang insan kepada insan yang lain, ialah membantu insan lain itu berjaya menjadi jutawan”.

Pada saya, inilah tahap keikhlasan yang terulung. Suatu nilai yang sememangnya tak ada pada cikgu Rizal and the gang..

Keikhlasan DSA ini tercermin lagi dengan penghasilan testimony perubahan sahsiah kendiri anak2 muda yang dahulunya terumbang-ambing dengan gangsterisme, kongsi2 gelap, dadah dan seks bebas, anak2 mangsa perceraian, anak2 yatim miskin merempat, berubah kepada insan2 yang mula mengenal Allah, mengenal tikar sembahyang, mengenal alif, ba, ta, mengenal adab dan adat, kesantunan hati dan budi, setiakawan, kelembutan dalam perhubungan,  menghormati orang tua dan taat kepada ibubapa.

Kita ada testimony kaki pukul, kaki bakar, kaki kerat tubuh badan, tahi judi, tahi dadah, kaki betina, kaki botol, balachi Along, bonzer kelab malam yang jaga kelab dan betina, mat rempit dan bohjan, kesemuanya berubah dan bertaubat menjadi rakaniaga yang beriman, memimpin rangkaian dengan lenturan yang lunak..

Benarlah, ZRBMC merupakan ‘sanctuary’ yang mendidik dan melindungi jiwa anak2 muda ini, sesuai dengan garapan akhlak pemimpin-pemimpinnya..

Rakan hati ZRBMC, yakni KMDZRB, diatas inisiatif jutawan muda KMC Shafiq telah menyediakan sesi tazkirah, fardhu ain dan pengajian Al-Quran yang percuma untuk semua rakaniaga, disempurnakan oleh ustaz yang bertauliah.. perhimpunan berilmiah sebeginilah yang merapatkan lagi hati semua rakaniaga agar sentiasa hormat-menghormati dan berkasih sayang. Moga diri kita terlindung oleh lembayung rahmat Allah, terhindar dari JAWS, terhindar dari perhimpunan ‘happening’ di dalam kelab malam, macam cikgu Rizal and the gang!

Bersyukurlah bahawa pemimpin2 kita sememangnya mendukung ukhrawi sebagai pilihan terutama disamping usaha kuat dalam mencari rezeki yang halal..



BMW, Breakthrough Mind Workshop merupakan kursus yang benar-benar menerobos sempadan minda, hati dan sanubari kita.. Bayangkan DSA sanggup berdiri hampir 10 jam, mengatasi kesakitan gout dan masalah buah pinggangnya,  mengatasi masalah otot kakinya yang mengecil, mengatasi jerih payah hatinya menahan kesakitan.. melangsungkan hujah-hujahnya secara bertenaga, secara berdiri!

Kursus yang menambahkan lagi keyakinan kita terhadap perniagaan scoreA.

BMW, memperincikan lagi 6M, 8 pemangkin kejayaan, 18 perkara, 7 haruman dan menghalusi business forecast kita untuk meraih RM50,000.00 dalam masa 3 bulan.

BMWlah tempatnya kita get personal dengan psikologi dalaman kita. Disinilah, jiwa kita disemaikan benih-benih baik yang mencambahkan pohon berbunga di taman hati. Mengkebumikan 6M sedalam-dalamnya. Keesokannya kita dilahirkan semula sebagai insan baru yang bermatlamat dan berhala tuju untuk meraih rezeki jutawan.

“Benih yang baik, dicampak ke laut akan menjadi pulau, dicampak ke darat akan menjadi gunung”.

“jatuh itu biasa, bangkit daripada kejatuhan itu luar biasa”.

“nakhoda yang hebat, tidak lahir daripada lautan yang tenang”.

BMW mengajar kita erti survival dan kemandirian atas kudrat dan kekuatan sendiri, menyusuri arena rempah ratus kejayaan..

Untuk meraih kekuatan dalaman sebegini, ianya mestilah disampaikan oleh peneruja yang sangat kuat psikologi dan ruhul dalamannya.

Saya akui, saya belum lagi mempunyai kekuatan dalaman seperti DSA.

Sayalah orang yang paling risau melihat wajahnya yang merah apabila melontarkan kata2 sepenuh jiwa dan semangat. Intonasinya naik dan turun, usung dan tarik, keras dan lunak, menjadikan hati saya yang melihat beliau, sangat syahdu mengenangkan pengorbanan beliau yang sanggup bersabung nyawa, merisikokan nyawa dan kesihatannya beraksi diatas pentas.

“Saya berkata kepada istri dan anak-anak saya, jikalau saya rebah diatas pentas dan mati, saya redha. Kerana saya nak pastikan rakaniaga kita berjaya dan bahagia menjadi jutawan. Bila saya Berjaya, saya diangkat, dijulang. Bila saya gagal, saya sendirian. Bila Saffian jatuh, Saffian ada saya untuk menghulurkan tangan, saya sambut dan Saffian berpaut. Bila saya jatuh, tiada siapa yang sambut. Saffian, you are not alone and alien, awak tidak bersendirian, awak ada mentor, awak ada saya!. Saya bermula sendirian, mencari kekuatan sendiri dan tiada upline yang menjaga saya”. Kata-kata DSA inilah yang menjadikan saya sangat obsess, dilabel oleh cikgu Rizal and the gang sebagai badut sarkas….

Jikalau DSA meminta saya memakai pakaian badut diatas pentas sekalipun saya redha. Kerana saya adalah insan yang terhutang budi dan kasihkan DSA, yang selama ini membantu saya sehingga meraih kejayaan sebegini..

Dahulu, saya budak comot berhingus dan selekeh. Dikutip, digarap dan dibelai DSA sehingga ketahap saya kini. Bersama DSA, saya mula mengenal HUGO BOSS, AIGNER dan pakaian yang kemas dan berjenama. Bersama DSA, saya dapat merasa makanan yang enak dan mewah. Bersama DSA, saya mengenal dunia, merantau menaiki kapal terbang, melancong melihat manusia yang hidup melata-lata susah dan senang. Bersama DSA, saya merasa kereta yang nyaman, kedap dan mewah. Bersama DSA, saya mengenal kasih sayang sebuah persahabatan. Bersama DSA, saya mengenal kesantunan dalam perhubungan. Bersama DSA, saya mengenal taman hati dan ruhul keihklasan. Bersama DSA, saya mengenal cinta dan keindahan kebersamaan serta kekeluargaan.

Ingatan buat cikgu Rizal and the gang, bagaimanakah badut macam saya boleh mengungkapkan kalimah2 cinta ini? Inilah kecantikan ilmu yang kami raih didalam kursus yang DSA laksanakan. Yang anda tohmah sebagai kursus cas lebih!

Ya, DSA sudah berusia dan sihatnya tidaklah seperti kalian semua yang segar bugar dan muda perkasa. Tetapi ingatlah, pengalaman dan ilmu jiwanya yang sentiasa hidup itulah yang melentur hati-hati muda yang liar, menjadi jinak dan matang.

Cikgu boleh bermegah dengan kepandaian, kekuatan, kesihatan dan keremajaan cikgu. Tetapi ingatlah, cikgu and the gang akan menuju ke arah tua dan kematian. Dipenghujung usia, barulah nak bertaubat dan berubah, menyesali perbuatan sewaktu muda, pada saya, sudah tidak lagi berguna, di waktu tersebut ibu cikgu, abang cikgu, saya dan DSA sudah tiada lagi.

“benar, sesungguhnya suatu perkara itu hanya dihargai apabila sudah kehilangannya”.

Buat kekasihku dan kekasih kita semua, DSA… saya dan kami semua doakan keselamatan, kesihatan, keberkatan umur dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat buat DSA disamping keluarga yang tercinta.

Buat cikgu Rizal and the gang.. bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan..

Ingatlah “pelanduk lupa jerat, tetapi jerat tak lupa pelanduk”.

Manusia pelupa, Allah tidak lupa..

Bertaubatlah cikgu Rizal, ajak en. Hakim dan Yusnorizam sekali..

Sekiranya cikgu and the gang masih lagi melawan, saya akan sentiasa bersedia dengan pencak silat saya.

If you wish to destroy me.. I will destroy you!

Badut ini akan sentiasa fight! Mempertahankan bisnes kesayangan kita dan DSA kecintaan kita, sehingga ke titisan darah yang terakhir!

Lawan tetap lawan, lawan sampai JUTAWAN!!!

Lawan tetap lawan, lawan sampai MENAAAANNNGGG!!!

Hebbaaaaaaaaaatttt… hhheeeeeeeeyyyyyyyy!!!!!!!!